Selamat Datang ke Sistem Perekodan Pewartaan Tanah (Seksyen 62)

Unit Pelupusan Tanah, Bahagian Pengurusan Tanah
Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam

PDTSB
Pengenalan

Seksyen 62 Kuasa Perizaban Tanah Kerajaan

1) Pihak Berkuasa Negeri bolehlah dengan pemberitahuan dalam Warta merizabkan mana-mana tanah Kerajaan untuk apa-apa maksud awam.

2) Apa-apa pemberitahuan yang diwartakan di bawah subseksyen (1) hendaklah

a) memperihalkan rezab tanah itu;

b) meperihalkan maksud untuk apa tanah itu dirizabkan;

c) menamakan pegawai awam buat masa itu mempunyai kawalan ke atas tanah rizab itu;

d) merupakan keterangan konklusif bahawa tanah yang diperihalkan itu adalah dirizabkan untuk satu maksud awam.

3) Salinan-salinan apa-apa pemberitahuan sedemikian hendaklah disiarkan selaras dengan seksyen 433.

4) Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain buat masa itu berkuatkuasa, tanah rizab itu tidaklah boleh;

a) dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kecuali setakat mana yang dibenarkan oleh, dan selaras dengan peruntukan-peruntukan, seksyen 63 dan Bab 2, 3, dan 4 Bahagian ini; atau

b) digunakan untuk apa-apa maksud selain daripada yang ia dirizabkan kecuali menurut pelupusan yang dibuat menurut kuasa mana-mana peruntukan itu.